Makanan yang ditempah awal boleh dipesan sehingga 12 (dua belas) jam sebelum waktu penerbangan.
Pilihan menu mungkin berubah dari semasa ke semasa. Makanan mungkin mengandungi kekacang, gluten, makanan laut, telur atau tenusu.
Penyediaan produk atau makanan dalam penerbangan yang diiklankan tertakluk kepada ketersediaan.
Bagi mematuhi piawaian keselamatan maksimum untuk operasi makanan di atas pesawat, kami akan terus menyajikan makanan dan minuman tetapi dengan pilihan menu yang terhad. Hanya makanan ringan berbungkus seperti biskut, wafel, coklat, mi cawan, air mineral, minuman dalam tin/paket, jus, teh dan kopi yang boleh dibeli di atas pesawat.
Makanan panas hanya tersedia jika anda telah membuat tempahan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu penerbangan.
Sebarang perubahan kepada makanan yang ditempah awal hanya boleh dilakukan lebih daripada 24 jam sebelum waktu berlepas. Anda perlu membayar perbezaan harga jika harga makanan yang baru ditempah lebih tinggi daripada yang asal.
Pas masuk adalah bukti pembelian makanan yang ditempah awal dan boleh ditunjukkan kepada kru kabin untuk menebus makanan tersebut semasa penerbangan. Tiada bentuk penebusan lain akan diterima. TransNusa berhak menggantikan mana-mana komponen makanan yang ditempah awal atau mengubah resipi/spesifikasi makanan tersebut.
TransNusa akan memastikan nilai makanan yang ditempah awal yang telah ditukar adalah setara dengan yang sebelumnya.
Jika TransNusa tidak dapat menyediakan makanan tertentu yang telah ditempah awal disebabkan isu bekalan semasa tempoh kawalan pergerakan, TransNusa akan menggantikannya dengan makanan baharu.